Diary About Giveaway Review



Follow|Home
Jul 29, 2013 | 11:06 AM | 0comments
assalamualaikum..
alhamdulillah hari ni aku puasa.korang puasa tak? actually aku excited gila nak sambut raya tahun nie. selalunya sambut raya bersederhana jew tapi tahun nie lain sangat. walaupun sambut ramadhan jauh dengan mama tapi dekat dengan buah hati. so raya tahun nie pon sume dirancang oleh si dia. dari segi baju,kasut,tudung.semuanya dia yang tentukan because duit dia yang keluar.aku sempoi jew tahun nie tak payah keluar duit beli baju bagai.hehe. sebelum puasa lagi aku dah dapat dua pasang baju. dia cakap 'cari baju anje siap-siap.nanti tak payah kalut nak cari dah.kalau dah settle sume pasal anje.baru tenang sikit.hehehe'. terharu gila la aku dengar. sanggup berkorban apa saja demi cinta.cewahh

semalam pergi bukit jambul. akak dengan abang ipar dia ajak so aku follow jew.akak dengan abang dia nak cari kasut dengan baju baby Asraff. pusing punya pusing satu BJ tue.kaki pon dah start lenguh.baby Asraff pun dah merengek buat hal so kitorang deside pergi kampung jawa sebab dekat situ ada buat lelong seluar jeans murah-murah. harga yang dekat sertus lebih boleh dapat dalam RM39.90. murah gilakan. aku ingat nak beli tapi banyak sangat pilihan sampai rambang mata memilih.hahaha *padahal sebab lain.cover weh cover. so si dia jewlah yang beli.senang betol la budak laki pilih seluarkan. pilih-pilih selongkar-selongkar.tengok saiz.berkenan terus ambik.dah bayar sume terus pergi dekat kereta.baby Asraff tengah tido.Asraff nie buat perangai pulak hari ni,makjang cepuk karang.hehehe*comel tak makjang? hummmmmmm

Oh my god..sayang you perasan tak dah nak berbuka nie.so Abang Bad deside berbuka dekat Queensbay. berbuka sederhana jew sebelum pergi makan dekat kedai. alhamdulillah dah kenyang. mula-mula plan nak pergi BJ balik.nak cari kasut.tetibe aku sarankan dekat kak eka 'dekat sunshine pun kasut cantik-cantik jugak' so jom pergi sambar sunshine. orang jangan cakap la.ramai gila. aku dengan dia pergi area kasut perempuan dulu sebab plan nak ari kasut aku.banyak gila pilihan.sampai aku tak tahu nak ambik yang mana satu.semua kasut aku try.haha. last-last pilih kasut yang simple but nice.tinggi gila.aku dah la tak pernah pakai kasut tinggi-tinggi nie.tahun nie kena pakai tinggi pulak.bie la nie paksa-paksa.kalau jatuh,tak sambut siap la.demi you sayang,i sanggup pakai kasut tinggi.hahaha *poyo gila bak hang.kak eka pon dah dapat kasut,baby Asraff pun dah dapat baju.yeyy baju Asraff sama dengan abah dia la. sweetnya.tak sabar nak tunggu time aku pulak nanti dengan husband.ehemm hope yang kat sebelah nie la yang jadi bapak kepada anak aku.Aminn

perut pun dah berkeroncong so apa lagi makan la.kitorang makan dekat bayan lepas area tabung haji. no bad jugak la nasik goreng paprik.nyummm2 tetibe rasa lapar pulak.hahaha. sabar-sabar puasa nie. minggu depan dah balik then raya.yeyyy raya raya raya. *sorry gambar baju kasut raya aku tak boleh share lagi,kang raya tak suprise la.lepas raya aku post.jemput-jemput la datang rumah.sorry duit raya takde. btw selamat berpuasa dan selamat hari raya




best info !

Older Post | Newer Post