Dec 11, 2012 | 8:45 PM | 0comments
Assalamualaikum..
Buat cintaku yang bakal mengimamkan solatku. Yang bakal
membimbingku ke jalan Mustaqim, yang bakal menjadi ayah kepada anak-anakku dan
membimbing mereka kea rah kesejahteraan agama suci Allah dan Muhammad SAW.
Sesungguhnya saya menantimu dengan kesabaran dan sesungguhnya saya mencintaimu
seadanya kamu kerana Allah telah menemukan kita dalam pertemuan yang mulia
iaitu di muka bumi Allah ini. Saya harap kamu juga dapat menerima kekuranganku
serta kelebihanku serta apa adanya saya kerana Allah Taala. Terdidiknya seorang
isteri itu apabila baiknya seorang suami. Maka apabila baiknya seorang suami
itu,baiklah juga isterinya. Apabila solehnya suami itu maka solehlah juga
isterinya.suami itu sebagai acuan buat isterinya.
Wahai kaum Adam..
Hargailah wanita yang sentiasa di sisimu, bimbinglah dia,
kalau silap langkahnya. Adam pun turut mendapat nama di akhirat kelak ..
Adam..
Tegurlah hawa dengan cara yang baik dan biar bertempat.
Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari ‘tulang rusukmu’.
Bukan untuk diherdik, mahupun dihina. Lindungilah dia dari fitnah dunia.
Bukankah hawa dicipta daripada ‘tulang
rusuk’ Adam! Untuk disayangi dan dilindungi .
Ya Allah,
Jika dia adalah jodohku maka engkau eratkanlah hubungan
amid an janganlah engkau pisahkan kami tetapi jika dia bukan jodohku maka
engkau berilah kamu jalan yang terbaik agar tidak saling menyakiti .
Dear future husband,
I will cook, I will clean, I will shop, I will be the
best housewife ever. Insha’Allah
I will dress up for you, I will maintain my appearance
for you, I will make sure to be the best wife I can be. Insha’Allah
I will have as many children as you want. I will raise
your children to be the best they can be. I will be the best mother.
Insha’Allah
As long as you promise me one thing. Help me get to jannah :)
p/s : wahai jodohku, sabar dan tenanglah. Aku disini
masih menantimu, jangan hatimu bersedih, senyumlah kerana aku yakin kebahagiaan
akan selalu bersama kita.