Diary About Giveaway Review



Follow|Home
Apr 29, 2012 | 3:59 PM | 0comments
FOR MY FUTURE LOVER ! READ THIS 

my future lover ! harap awak baca post saya kali nie :) saya bukan nak takut-takutkan awak tapi saya taknak banana fruit two times *petikan dari filem adnan sempit 2. ade tgk tak? hehehe.. saya harap kali nie saya tak dikecewakan lagi macam sebelum-sebelum nie. *eh kejap2, sebelum-sebelum? banyaknye aku jatuh cinta..pembohongan tue.sikit jew tau ;)


awak,
kalau awak baca nie. baca sampai habis tau. baru awak tahu apa isi hati saya. saya dah penat tulis so awak kena la penat baca. fair right? okey let me start. fakta yang awak perlu tahu tentang saya adalah saya comel *perasan sekejap.. anugerah tuhan. alhamdulillah kerana saya bersyukur sangat sebab saya dilahirkan secomel ini. so awak kena jelous bila ada orang nak mengorat saya walaupun tak ada yang ngorat (buwekkk perasan gila aku nie) aipppp saya nampak awak buat muka tue. tarik hidung baru tahu.. hehe. 

awak, 
saya nie kuat touching tau ! harap awak sabar bila layan saya. tapi saya tahu awak penyabar orangnya sebab tue awak dengan saya kan kan .tapi bila saya dah touching, pandai-pandai la awak pujuk nanti. so belajar la memujuk perempuan mulai sekarang ! GO ....
"surah al-baqarah ayat 249 - Dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar" 
 awak,
saya harap sangat awak faham saya, awak faham diri saya. saya faham diri awak. sebab-sebab saya clash with my ex adalah sebab tue la..he don't understand me. so saya harap awak tak macam tue kan. saya tahu awak tak macam tue sebab tue i'm fall in love with you dear :)


awak,
awak pernah bercinta? awak pernah dicintai dan mencintai? awak pernah dikecewakan? saya pernah semua tue. susah nak lupakan bila cinta didusta, hati mula gelisah * eh3 dah menyanyi pulak dia.okey memang tak dinafikan memang parah bila sakit sebab cinta. dan ini paling lama masa untuk saya rawat luka tue. *hati belom ditampal plaster,sebab tue masih sakit.. 
tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. tetapi kenapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kita pada seseorang untuk kita mencarinya. itulah cinta..."
awak,
saya tahu cinta saya tak seagung cinta Nabi Muhammad s.a.w kepada Khadijah, dan cinta saya tak sehebat cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf a.s, tetapi saya perlukan awak dalam kehidupan saya. sudikah awak sehidup semati dengan saya ? 
eh sape yang sepatutnye lamar siapa nie.dah terbalik nie. tak apa lah,dunia dah maju.Rasulullah s.a.w. dulu pon dilamar jugak kan.so tak salah kalau saya yang melamar awak. insyaallah jodoh kita adalah jodoh dari Allah. amin


p/s: wahai pemilik tulang rusukku. akan aku mencari dan mendapatkanmu. akan aku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti 




Sometimes I don't tell you what i'm feeling, because I'm hoping the silence between us would give you a clue.

best info !

Older Post | Newer Post