Diary About Giveaway Review



Follow|Home
Mar 23, 2012 | 8:59 PM | 0comments
aku hilang duit 2ribu.duit ptptn aku.banyak kan ? macam-macam boleh buat dengan 2ribu tue.tapi aku dapat rasa lagi duit tue,dah kena kebas.kes aku nie pelik sikit.pegawai bank tue pon cakap pelik sebab duit dalam bank hilang tapi kad masih ada dekat aku so tidak tak de la pelik sangat sebab kemungkinan besar yang mencilok duit aku tue KAWAN RAPAT . aku ada lah syak dan was-was dengan sorang KAWAN aku nie. aku rapat dengan dia. SEKELAS lagi . tak perlulah dimentionkan nama dia dekat sini.kalau sape-sape yang tahu DIAM sudah . aku bukan nak tuduh kau KAWAN tapi bila aku fikir balik dari segi logik akal, memang tak logik der. takkan lah tetibe 2ribu seketul ade dalam kau punye loker . ishh3 angkara toyol kah ? toyol datang bilik aku, mai ambik kad atm aku, pergi cucuk dekat atm poli then letak dalam loker engkau. kenapa mesti kau ? kenapa tak orang lain ? persoalan ?? aku tak tuduh KAWAN aku yang tikam belakang aku . tapi nape mesti aku . aku bukan anak orang kaya . bila takde duit, call mak 'mak masuk duit' hey macha, kalau aku macam tue. aku takkan pinjam ptptn yang banyak cerewet tue laaa. duit kau dah habis,kau dah beli laptop. kau dah joli sana joli sini then kau ambik duit aku pulak eh.. SIAL la kau !! serius aku cakap. nanti kalau aku dah tengok cctv dan terbukti ENGKAU. sampai mati aku takkan maafkan kau. lantak pi kat hang la .
mak aku cakap, kau takkan tenang wey sebab kau makan duit anak yatim . HARAM doe ! kau tak belajar agama ke ? tak pe,sekarang kau boleh joli sana joli sini dengan duit HARAM tue tapi nanti aku nak 2ribu cash ada depan aku . dan aku takkan pernah tarik balik report polis aku tue walaupun kau KAWAN aku . 
p/s:kawan-kawan maaf aku tak boleh nak mintak duit yang ada dekat dia sebab aku kena tengok dulu cctv,nanti kalau aku dah tengok dan terbukti DIA yang ambik duit aku tue.baru aku boleh mintak dekat DIA tapi kalau bukan DIA . hurmm entah la. kalau aku mintak sekarang . nanti bila dah terbukti DIA dalam cctv tue,aku dah tak boleh buat apa sebab duit tue DIA dah kasi dekat aku . aku bukan taknak dengar cakap korang . harap korang faham situasi aku sekarang . aku dalam dilema sekarang :/

final dah nak dekat tapi belajar masih terhoyong-hayang . especially building work measurement.. kenapa lah aku isi upu letak ukur bahan.susah kos nie ! serius sembang . hurmm tekanan woo belajar benda nie . ada sape-sape yang volunteer nak ajarkan aku tak subjek tue . alaaa bukan free pon tapi aku bayar.ada lah upah sikit . choki-choki cukup ? hahaha. 

p/s : inilah pakcik polis yang saman aku ari tue . maaf lambat upload . buzy dengan kelas yang bersepah . 

best info !

Older Post | Newer Post