Diary About Giveaway Review



Follow|Home
Feb 27, 2012 | 10:42 PM | 0comments
hari nie aku digemparkan dengan berita yang sedih sangat . online jew facebook, ade post dekat wall group sekolah rendah . "al-fatihah buat hazwani akmal bt shafie yg telah kembali ke rahmatullah tadi" . ohh god . bestfriend aku time skolah rendah tue . ya allah . macam  tak percaya yang dia dah tak ada dekat dunia nie . menangis memang tak payah cakap la kan . tengah taip pon menangis lagi :/ member baik aku tue . member aku cakap dia kena denggi . semoga roh wani di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . amin
wanie .. aku ingat lagi masa kita sekolah rendah dulu . kau ingat tak ? kita kawan baik kan . masa tue tangan aku sakit . luka . memang berbalut la tangan aku tue . dan aku tak boleh nak menulis . kau yang tolong aku salin semua nota-nota yang cikgu kasi . mula-mula kau salin dekat buku kau dan kau salin dalam nota aku pulak . baikkan kau . dulu aku suka tulis cerita-cerita dongeng . ingat boleh la bila besar nak jadi novelis terkenal . aku nak menulis tapi tangan aku sakit . kau jugak lah yang sanggup tulis cerita mengarut aku tue . dah la panjang-panjang . hehehe . kau sabar jew dengan aku nie . 
kau ingat tak masa kita pergi pertandingan mewarna . aku selalu kalah tapi kau asyik menang jew . ok aku memang tak suka seni . ok banyak lagi kenangan dengan kau tapi aku dah sebak nie . aku akan simpan kenangan kita bersama ek . 


al-fatihah 

best info !

Older Post | Newer Post