Diary About Giveaway Review



Follow|Home
Oct 4, 2011 | 8:45 PM | 0comments
sekarang nie semua orang dah ada ambition kan?korang ada tak?mesti ada kan.ade yang nak jadi cikgu,polis,lawyer,arkitek,interior designer,pereka fesyen,pensyarah,hakim,saintis,akauntan,dj dan macam-macam lagi lah pekerjaan dekat dunia yang serba moden dan canggih ini.aku sorang jew ke yang tak de ambition lagi.dulu boleh la merapu cakap bila cikgu tanya nak jadi apa bila besar nanti.cita-cita aku sume aku tibai yang kawan aku punya.haha.sebab aku pun tak tahu aku nak jadi apa bila besar nanti.macam-macam cita-cita aku kasi kat cikgu.tapi sekarang aku dah besar.dah abis spm dah pon.so aku kena lah ada ambition yang tetap.wahh..aku nak buat senarai lah.hehe.

cikgu-cikgu nie best jugak.mak aku pun dok suruh aku jadi cikgu sebab mak aku cakap kalau jadi cikgu nie,cuti banyak.bila tiba hari guru pulak dapat banyak hadiah.haha..sangat bernas idea mak aku tue TAPI aku nie tak boleh mengajar budak-budak sebab aku nie cepat melenting.setakat dok mengajar anak saudara dekat rumah pun aku dah tengking-tengking bila dia tak dapat jawapan atau pun lembab.karang tak pasal-pasal surat saman sampai kat rumah.haha.haishhhhh

polis-wahh cita-cita nie sangat best sebab ada part2 yang extream kata kau!! pom sana pom sini.jangan bergerak kami polis.haha (babak gerak khas)..TAPI aku nie takut bunyi-bunyi macam tue.setakat belon pon aku dah nangis-nangis.(jangan gelak).inikan pulak bunyi pistol.lagi lah.haishhhh

lawyer-haa ini dulu pernah menjadi cita-cita ku sebab aku terdorong dengan filem ape tah tapi ade adegen lawyer disitu.ok lah jugak jadi lawyer nie sebab boleh bela orang sini,boleh bela orang sana TAPI orang cakap kalau jadi lawyer nie,sebelah kaki dah ade dekat neraka.sebab kadang-kadang pi bela orang yang bersalah.so bagi sape-sape yang nak jadi lawyer tue,kerja lah dibawah syariah.hehe..

interior designer-umm..aku ambik ambition nie dari sahabat ku.sebab aku dengar ambition tue macam best jew so dari form5 sampai form6 (masa orientasi),aku dok guna ambition tue jew lah.bila cikgu tanya 'zuraina,kamu nak jadi apa bila besar nanti?' 'interior designer,cikgu'..wahh nampak gahh sikit kan.haha. TAPI aku nie tak suka melukis.setakat aku nak lukis orang lidi pon susah,bape kali kena padam.sampai nak terkoyak jugak la drawing paper tue.haha.

saintis-oh tidak.memang tak kan tersenarai lah dalam list ambition aku aku memang tak suka yang berkaitan sains ke fizik ke kimia ke biologi ke.haha.memang best dapat buat experiment itu ini TAPI aku tak minat..ampun cikgu nadiah,cikgu normaliza dan cikgu nazuha.hehe

dj-suka tue memang la suka sebab keja nie diantara keja yang terRELEX di dunia sebab kerja dia duduk dan merepek jew.membebel jew yang dia tahu.boleh lepak-lepak sambil dengar lagu.semua lagu yang aku suka,sume aku nak pasang ulang-ulang.haha.TAPI aku nie tak reti nak membebel panjang-panjang dan berjela-jela macam kawan aku sorang tue ---> khairul aini..dia boleh la membebel sampai bulan depan pun tak pa.haha.(jangan marah haaa)

model-wahhh gila kau..haha.TAPI sedar lah diri sikit.badan macam sarung nangka ada hati nak jadi model.haha. memang tak pernah terlintas,mahupun sedetik dalam hati aku nak jadi model.ohhhhhh

suri rumah-eh ini bila dah kawen lah dan bila laki aku tak bagi aku kerja.haha.TAPI aku nie malas nak masuk dapur.malas nak mengemas.macam mana lah aku nak jadi suri rumah yang berjaya nie.haishhhh..


best info !

Older Post | Newer Post