Oct 5, 2013 | 1:08 PM | 6comments
1/10/13 hingga 7/10/13
Hadiah2:
~ Wallet jenama GUESS x1
~ Coupon Domino's Pizza (RM55, 50% off, etc. - variety) x6
~ Topup RM5 x2
~ bloglist sebulan x4
~ review blog ( + instagram / twitter - if ada) x2
Hadiah2:
~ Wallet jenama GUESS x1
~ Coupon Domino's Pizza (RM55, 50% off, etc. - variety) x6
~ Topup RM5 x2
~ bloglist sebulan x4
~ review blog ( + instagram / twitter - if ada) x2
pejam celik pejam celik dah dekat 4 bulan aku merantau di negeri orang nie.itu tandanya praktikal aku dah nak kepenghujungnya.alahai sedihnya nak tinggalkan penang nie. *bukan sedih nak tinggalkan penang tapi sedih sebab kena berjauhan dengan bucex.alaaa masa tolong la jangan cemburukan aku.i want more time with him.
oklah bagi sesiapa yang tak pernah mai penang or yang tengah plan nak jalan-jalan dekat penang ni.mai ceq nak introduce dekat hangpa pasal penang and tempat-tempat yang menarik dekat sini so nanti korang boleh pilih mana yang nak pi. aku nie memang suka berjalan.sepanjang aku dekat sini,dia memang tak hampakan aku la.ada jew tempat-tempat yang dia bawak aku pergi.
1. R&R Pantai Bersih.
dekat sini tempat orang lepak-lepak ambik angin laut jew. kalau lepak malam lagi best taw.aku selalu lepak dekat situ.tapi dekat situ tempat budak-budak dating jew like me.hehe.orang cakap tempat tue macam tempat maksiat la jugak sebab kadang-kadang nampak la yang si boyfriend peluk la cium la.choiii aku tak buat la.aku dengan dia lepak jew.kadang-kadang kitorang beli nasi kandar then makan dekat sana.lepas tue mula la cik lipas dan cik tikus datang join sekali. best tau makan dekat tepi laut.fuhh udara dia nyaman gila.
2. Bukit Jambul
shopping complex yang selalu aku masuk dekat BJ la.benda apa yang aku cari pun aku tak tahu dekat sana.orang pun ramai dekat sana. maybe dorang suka beli belah dekat mydin kot.aku ingat lagi masa mula-mula dulu dia bawak aku datang penang, kitorang masuk BJ then ada pertunjukkan ular. eeeuuu ular kot.geli geleman aku tengok.dah tue budak pulak yang pegang tu.kalau bagi aku memang takkan pegang la.geli dohh
3. Pasific
dah memang selalu sangat masuk Pasific sebab tempat kerja aku betul-betul belakang Pasific.time rehat selalu la masuk Pasific tengok barang walaupun duit tengah takde time tue.sanggup masuk kerja lambat gara-gara jalan-jalan dekat dalam tue.hahaha.aku selalu tengok wayang dekat Pasific sebab budak rumah aku cakap tengok wayang dekat Sunway tak best. nak tengok wayang dekat Pasific punya lah seksa nak daki tangga.basah ketiak mak. mana taknya, cinema level 4, escalator tak berfungsi. kena lah naik guna tangga sampai level 4 nuh.perghhh sampai atas memang lembik lutut.haha.nak tengok wayang punya pasal.tangga pun tangga lah.
4. Taman Bunga
mula-mula aku datang penang lagi dia dah janji nak bawak pi taman bunga.tapi tergendala sebab puasa.takkan la nak jalan-jalan time puasa. karang tak pasal-pasal terbukak puasa tue.ok la kalau lepak dekat sana.tapi ramai yang datang jogging jew. kawasan dia memang besar.luas gila.so memang berbalui la kalau yang datang nak kuruskan badan macam aku nie.aku yang berjalan pun dah peluh habis basah baju. btw dekat sana banyak monyet tau.kena hati-hati sikit sebab dia dah kena dah.haha kesian dia.boleh pulak beruk tue lompat atas dia. nasib baik lompat jew,tak gigit ke ape.kalau gigit habis la.
5. Padang Kota & Persiaran Gurney
hari tue aku ada baca blog hikayat budak pening. dia ada la cakap pasal makanan yang sedap dekat Padang Kota iaitu mee sotong. perghhh teringin gila tapi tak berkesempatan lagi nak pi. selalu la jugak aku ronda-ronda dekat sana tapi tak pernah teringin nak mencuba makanan dekat sana.dengar cerita sedap. asyik-asyik yang aku cari nasi kandar jugak.hahaha.memang anak mamak betol la.
rasanya banyak lagi tempat-tempat yang menarik. macam pantai merdeka, tanjung dawai, etc. kalau datang penang tue jangan lupa pekena mee sotong yang pha is habaq tue.hehehe